PERBARISAN GEMBALA HARIMAU MALAYA
GEMBALA HARIMAU MALAYA KE-37 |
Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah
2 RAMD Mejar Rozaidy bin Mohmad dan diiringi oleh platun Brassband pasukan. Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah Lt
Kol Azwadi bin Jamian selaku Gembala Harimau Malaya Ke-37.
Majlis
diserikan lagi dengan upacara pemakaian pangkat. Seramai 3 orang anggota Lain-Lain
Pangkat telah dinaikkan pangkat dari Staf Sarjan ke Pemangku Pegawai Waran II. Upacara pemakaian pangkat ini didahului oleh 1122573
SSjn Mohd Termizi Bin Md Sod, 1122503 SSjn Mohd Norraiduan Gani bin Selamat dan
1137127 SSjn Rozaini bin Yaacob.
Kesemua anggota tersebut telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran II
berkuatkuasa pada 26 Jun 2018.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah,
beliau menekankan isu semasa seperti tsunami politik semasa dan fahaman IS
dikalangan anggota tentera. Beliau juga menekankan agar
anggota tentera menunjukkan taat setia yang tinggi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong serta mempertahankan negara daripada segala ancaman samaada dari luar atau dalam negara.
Beliau juga berharap agar setiap anggota sentiasa mendapatkan maklumat yang
tepat terhadap sesuatu isu agar dapat membuat keputusan yang lebih baik.
Pegawai Memerintah telah menyatakan beberapa visinya sepanjang pemerintahan beliau selaku Gembala Ke-37 di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau ingin menerapkan pemikiran setiap anggota bawahannya dengan pemikiran
Askar Milenium. Beliau juga memaklumkan bahawa latihan adalah keutamaan.Visi beliau
yang ketiga adalah integriti dalam kalangan anggota tentera. Akhir sekali, beliau mengingatkan agar setiap anggota tentera perlu memberi pengutamaan kepada keluarga kerana kebahagian keluarga akan memacu kejayaan setiap bidang kerja yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment