Wednesday, June 27, 2018

PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARA WISMA PERWIRA VS WISMA BINTARA HARIMAU MALAYA


PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN


Pulau  Pinang - 27 Jun 2018, pertandingan bola sepak antara Wisma Perwira menentang Wisma Bintara telah diadakan di Padang SMK Sungai Ara. Sepak mula bermula pada jam 1600 dan berakhir pada jam 1800.



Wisma Perwira yang diterajui oleh Gembala Harimau Malaya manakala Wisma Bintara pula diterajui oleh SMR pasukan telah memberikan saingan sengit serta Fair Play Game memudahkan pengadil perlawanan yang diketuai oleh Kpl Raja dan dibantu oleh Kpl Fizhar dan Kpl Shahabudin telah berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama dengan penguasaan bola dikuasai oleh Wisma Perwira. Wisma Perwira hampir mendahului pada minit ke-15 hasil lorongan cantik oleh Gembala Harimau Malaya kepada penyerang Wisma Perwira namun tiada penyudah yang memuaskan. Pada minit ke-22 Wisma Perwira sekali lagi terlepas peluang apabila penyerang gagal melorongkan bola dengan baik kepada Gembala harimau Malaya walaupun penjaga telah terpedaya. Peluang terbaik yang dimiliki oleh Wisma Bintara hadir pada minit ke-25 hasil lorongan cantik KSMJ namun gagal disudahkan dengan kemas oleh SMR. 



Babak kedua bersambung dengan Wisma Perwira menggandakan asakan dengan melakukan tiga pertukaran serentak dan memasukkan Kapt Syukri, Mej Azharuddin dan Lt M Ikram bagi mengimbangi bahagian serangan yang dilihat sukar untuk menembusi barisan pertahanan Wisma Bintara. Berbeza pula percaturan taktikal Wisma Bintara dengan melakukan 5 pertukaran serentak dengan memasukkan hampir kesemua pemain pertahanan. Wisma Perwira berjaya mendahului dengan jaringan oleh Penolong Pegawai memerintah pada minit ke-18 pada separuh masa kedua.





Wisma Perwira dilihat mengendurkan asakan setelah mendahului 1 gol dan banyak mensia-siakan peluang bagi menambah jaringan. Hasilnya, kealpaan serta kesilapan pada penghujung babak kedua menyaksikan Wisma Bintara berjaya menyamakan kedudukan melalui thru ball cantik oleh KSMJ kepada Sjn Zul membuahkan hasil apabila rembatan Sjn Zul gagal ditepis kemas oleh Penjaga Gol Wisma Perwira.



Sepanjang perlawanan tiada layangan kad oleh pengadil perlawanan serta kecederaan serius oleh pemain. Kesemua pemain berjaya melaksanakan perlawanan tersebut dengan jayanya serta motif perlawanan berjaya dicapai dengan adanya jamuan bagi merapat dan mengeratkan hubungan serta semangat kekitaan Harimau Malaya.


HARIMAU MALAYA
"Sentiasa Tunjuk Belang"

Monday, June 25, 2018

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH


PERBARISAN GEMBALA HARIMAU MALAYA

GEMBALA HARIMAU MALAYA KE-37
 
PULAU PINANG: 26 Jun 2018, Batalion Ke-2 RAMD (Harimau Malaya) telah mengadakan Perbarisan Gembala Harimau Malaya yang dilaksanakan di Padang Kawad 2 RAMD, Kem Sungai Ara. Seramai 15 Pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat didalam perbarisan ini.


Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 2 RAMD Mejar Rozaidy bin Mohmad dan diiringi oleh platun Brassband pasukan. Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah Lt Kol Azwadi bin Jamian selaku Gembala Harimau Malaya Ke-37.
Majlis diserikan lagi dengan upacara pemakaian pangkat. Seramai 3 orang anggota Lain-Lain Pangkat telah dinaikkan pangkat dari Staf Sarjan ke Pemangku Pegawai Waran II.  Upacara pemakaian pangkat ini didahului oleh 1122573 SSjn Mohd Termizi Bin Md Sod, 1122503 SSjn Mohd Norraiduan Gani bin Selamat dan 1137127 SSjn Rozaini bin Yaacob.



 Kesemua anggota tersebut telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran II berkuatkuasa pada 26 Jun 2018.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menekankan isu semasa seperti tsunami politik semasa dan fahaman IS dikalangan anggota tentera. Beliau juga menekankan agar anggota tentera menunjukkan taat setia yang tinggi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta mempertahankan negara daripada segala ancaman samaada dari luar atau dalam negara. Beliau juga berharap agar setiap anggota sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat terhadap sesuatu isu agar dapat membuat keputusan yang lebih baik.

Pegawai Memerintah telah menyatakan beberapa visinya sepanjang pemerintahan beliau selaku Gembala Ke-37 di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau ingin menerapkan pemikiran setiap anggota bawahannya dengan pemikiran Askar Milenium. Beliau juga memaklumkan bahawa latihan adalah keutamaan.Visi beliau yang ketiga adalah integriti dalam kalangan anggota tentera. Akhir sekali, beliau mengingatkan agar setiap anggota tentera perlu memberi pengutamaan kepada keluarga kerana kebahagian keluarga akan memacu kejayaan setiap bidang kerja yang dilakukan.





Sunday, June 24, 2018




SAJAK
LUP-LASARUD


Semangat Harimau Malaya


DETIK BERDETAK WAKTU BERPUTAR
MUSIM BERLALU BERGANTI MASA
UTUH BERDIRI KITA BERSAMA
TIDAK BERUBAH SEBUAH NAMA
TERSERGAM MEGAH HARIMAU MALAYA

HARI INI……
BERDIRI BERSAMA KITA SEMUA
MENGENANG KEMBALI SEGALA PERISTIWA
TERTUBUHNYA KITA PEMBELA BANGSA
TIDAK LAPUK DITELAN MASA KITA BERJASA

MENGUKIR NAMA DIPERSADA NEGARA

HARIMAU MALAYA

WASIAT KERAMAT SENTIASA TUNJUK BELANG
WARISAN TERJAGA ZAMAN BERZAMAN
BIARLAH KEKAL MENJADI IKANTAN
TIDAKKAN PUTUS
DIABAIKAN,JANGAN

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN KITA
SEJARAH TELAH MENGAKUI SIAPA KITA

SIJARAH TERLAH TERCATAT

MEKAR DAN GUGURNYA PAHLAWAN DIMEDAN PERANG
DEMI….
MEBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA
DEMI KEHORMATAN
DEMI KEDAULATAN

MEREKA TELAH BERJUANG DENGAN SEGALA KUDRAT
MRNGHARUNGI RINTANGAN MENGERAH KERINGAT
DEMI MEWARISKAN NAMA WARISAN SEMANGAT
AGAR BERKEKALAN NEGARA BERDAULAT.



CORETAN DAN NUKILAN OLEH:

KAPT MOHD HANAFIAH BIN MOHD NOOR @ IBRAHIM